Monday, February 23, 2015

Nota Cinta untuk Saiyidah Nafisah

sekian lama dok pikiaq nak tulis apa, hari ni lah baru berpeluang nak publish.. 
berkepam dok simpan dekat draft..
tudiah aih..mimpi apa dok tulis loghat kedah ni..haha

lama tak zz hilangkan diri?
sedih sebenarnya sorang2 kawan zz tinggalkan zz.
pakat suma dh ada partner baru..
so, jenuh dok pujuk hati la nk ilangkan rasa sedih ni.. 

entry ni actually special buat sahabat zz masa diploma
yang dah bergelar isteri buat En Bintang yang memang zz sokong 500%.
14 Mac 2015 ni genaplah usia walimah dia orang 3 bulan.
Kejap je masa berlalu. Rasa macam baru kenal dia, dok busy buat assignment, gaduh2, sembang itulah inilah.. semua nye lah.. 

pertama kali yang zz perlu buat ialah mohon sejuta kemaafaan kot sebab tak dapat attend walimah dia yang dekat hulu langat tu dan juga sebelah en Bintang dekat penang. Masa tu ummi zz tak sihat dan nak tinggalkan rumah masa tu memang tak mampu sangat. Lebih-lebih lagi zz sibuk tengah usahakan untuk attend interview (akan diceritakan dalam entry lain) minggu selepas walimah sahabat zz ni.

apa yang istimewa nya sahabat zz ni?


gambar dia masa muda.. haha

  1. kita orang kongsi birthday yang sama 14th August 1990. tapi tak pasti siapa yang lahir dulu..
  2. kita orang ada MP3 Sony warna pink yang sama..Tapi dia dah bercerai dengan sony masa sem akhir. bercinta dengan Philips pulak.. zz maintain setia sampai sekarang. cuma dah temurunkan MP3 tu dekat adik zz yang bongsu.
  3. Tulisan dia serious lawa gila.. Tak tipu.. Kemas dan teratur.. zz tak da bukti nak tunjuk kat blog zz.kalau dia buat peta minda, pergh.. memang cantik yang amat. :) 
  4. Suara dia sedap.. Kalau nyanyi konfirm la terkedu. Tapi tak nyanyi la macam masuk AF ke, Mentor ke. Untung pulak En Bintang sebab blh dengar dia menyanyi. haha.. jeles pulak kita.
  5. kalau dia takde, sunyi je rumah sewa kita orang. dengan lawak dia. ada satu lawak dia yang zz ingt sampai bila2.. cerita pasal pagar rumah dia. Rumah sahabat zz ni lawa..tapi tak de pagar.. bila dia tanya dekat ayah dia, ayah dia cakap ada je lah pagar. so kita orang tertanya2 la pagar apa sebab memang dia cerita pagar rumah dia tak ada. Jawapan ayah dia memang win betul la.. Pagar IMAN.. fuh..
  6. Suka baca komik.. zz pun suka.. dululah.. skrg dia dh jadi isteri En Bintang harapnya dah pencen.. zz pun dah pencen.. Konon azam baru tahun 2015 ni.
  7. Anak manja ibu.. Ingat lagi kalau dia demam merengek2 nak ibu, nangis2. Harapnya sekarang ni nak En Bintang je lah.. hehe
  8. suka mengusik orang. Tambah2 kalau orang tu takut lipas, lagilah dia nak mengusik.. tapi dia ni pun takut lipas jugak.. 
8 je zz nak bagi sebab kita orang lahir bulan 8. takut panjang2, zz yang sedih.. ada satu peristiwa sem akhir yang zz rasa macam tak habis. rasa nya lepas tu macam dah tak rapat ngan sahabat zz ni sangat la.. since zz ni kalau marah ke, sedih ke jenis macam senyap je sampai zz rasa zz ok sendiri. benda dah lama berlaku sebenarnya. selalu orang cakap diam tak selesaikan masalah tapi zz pegang diam sekurang2nya tak menambah masalah. salah agaknya apa yang zz pegang ni kan.. sob2..

antara sahabat2 zz masa diploma dia ni lah yang zz sayang lebih memandangkan kita orang share birthday yang sama, tapi mungkin sama buat kita banyak benda nk bangkang.. adoiii.. angin pun sama. cerita 6-7 tahun dulu. masa zz dapat tahu dia dah tunang dari orang lain, zz rasa macam terkilan sebab dapat tahu dari orang lain, hati zz masa tu cakap erm..dah jauh dah aku dgn dia rupanya tapi bila dengar dia tunang dengan En Bintang, zz rasa macam senyum sampai langit ketujuh. Tudia aih. 


gambar ni yang nampak cun sikit zz dari dia.. yang lain suma zz kalah.
Buat sahabatku Saiyidah Nafisah binti Megat Saidi @ Pn Bintang,

Terima kasih yang tak terhingga sebab pernah hadir sebagai sahabat Majad/zz, Harapnya dari dulu hingga sekarang.Maaf atas segala kekurangan diri Majad selama bergelar sahabat Ieda, maaf atas segala yang tak tertunai, Maaf atas segala silap dan salah Majad pada Ieda, Maaf sebab tak dapat jadi sahabat terbaik Ieda, Maaf tak dapat hadir pada hari istimewa Ieda menjadi Pn Bintang dan maaf yang teramat sebab tak wish pun.. Khilaf majad yang teramat. Maaf..maaf dan Maaf.. Maaf atas segala-galanya.

Terima kasih sebab selalu usaha nak sambut birthday Majad biarpun kita share tarikh lahir yang sama, Terima kasih sebab bagi Barney n Friends, Terima kasih sebab bagi baju yang Ieda paling sayang, Terima kasih sebab jaga Majad dekat hospital, Terima Kasih sebab sudi jadi sahabat Majad Terima kasih.

Buat En Bintang aka suami kpd Ieda,
sokongan penuh dari sahabat Ieda dari dulu sampai sekarang,
Jaga Ieda baik2 walaupun dah tahu konfirm akan jaga dia sebaik2nya.
Ieda yang manja, Ieda yang suka warna biru, Ieda yang takutkan lipas, Ieda yang cun + putih. Moga menjadi suami yang terbaik buat Ieda.

zz tak de gambar kahwin dia.. ni pun zz ambil.. sorry tuan empunya gambar.. Cantik kan kawan zz?


Moga En Bintang & Pn Bintang bahagia hingga ke jannah dan dikurniakan anak kembar yang soleh dan solehah.

Sayang Ieda sangat-sangat.

p.s Majad dekat KL sekarang ini tapi malu nak contact Ieda. Majad pun tak tahu Ieda dekat mana sekarang ni.. huhu.. Nak bagi hadiah kahwin kalau Allah izin kita jumpa nanti.. Tuntut taw dengan Majad. 


Sedih bila zz hilang sorang demi sorang. Bulan 3 ni sahabat zz dkat uum pula.. Allah janjikan yang terbaik untuk kau Majad. Jodoh kau datang jalan kaki barangkali. :) Allah nak beri masa lagi untuk perbaiki diri. 


5 comments :

  1. nama saya sayidah napisah. nak dekat sama nama hehhe

    ReplyDelete
  2. Majad sob..sob..:'(
    Terima kasih majad masih anggap ieda kwn majad..ieda pon rasa kita da mcm dlu lg kan..sory kalo ieda penyebab kita makin jauh :( walau apa pon majad shbt ieda dunia akhirat..walaupon ieda da jadi isteri en.bintang kan..terima kasih majad support ieda dgn en.bintang dr dlu smpai la dah sah jd suami isteri..ieda doakn tiba masa majad pulak nnt hehe :) lps ni ieda harap kita bershbt baik balik mcm dlu..ok?deal? Hehehe..majad kt kl buat apa? Kt mana? Boleh jmpa.ieda kt shah alam.mggu ni i.allah free kalo nk jmpa:)
    Ieda pon bnyk nk brterima kasih kt majad slalu bantu ieda.sabar dgn kerenah ieda..bertolak ansur dgn ieda kalau kita bergaduh..terima kasih majad sbb jadi shbt yang baik..luv u majad....rasa rindu nk jmpa majad.tp bila jmpa rasa kekok plak.mayb sbb lama x jmpa n lama x bertegur sapa kan..skrg da jd muslimah berkerjaya.ieda je x abes2 blaja lg..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya Allah ieda pnjangnye.. haha.. :) semput nak bace.. majad bals dkt whatsapp ye :)

      Delete
  3. Pasal walimah tu..xpe majad ieda paham.semua ada hal lain jgak..mak majad mcmana?da sihat..moga mak majad diberi kesihatan yg baik..nnt dtg umah ieda pon boleh wlaupon da lps walimah :)

    ReplyDelete

Feel free to comment..
Really appreciate it!!
Syukran,Kamsahamnida,Terima Kasih, Arigato Gozaimas, Thank you.

Change is never easy. You fight to hold and you fight to let go!
 

Zierwa Zainal Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork