Sunday, November 23, 2014

Secebis bingkisan buat Waheedah

23.11.2014
Tarikh istimewa buat sahabat saya
menjadi pelengkap hidup kepada pasangannya
Muhammad Uzair bin Izham



Dari kita mula kenal
Dari apa yang Majad perhatikan
Dari segala-galanya
Dia sahabat yang tak pernah jemu
Nasihatkan Majad bila hilang arah
Cari Majad bila jadi chipsmore
Tanpa jemu

Dan untuk itu
Jutaan terima kasih yang tak terhingga
Atas rasa sabar 
Melayan segala karenah Majad
Atas segala nasihat
UntukMajad
dan atas segala rasa
kerana sudi menganggap Majad
sahabat kamu



Terima kasih
atas persahabatan 7 tahun itu
Terima kasih Allah
kerana kurniakan Majad 
sahabat terbaik 
yang baik dari segi akhlaknya
tutur katanya

Maaf kerana tidak dapat menghadirkan diri 
pada hari yang penuh bahagia 
buat dirimu
kekurangan untuk Majad sebenarnya
tidak dapat berkongsi kegembiraan bersama
dan semoga hadiah yang diterima
boleh dianggap sebagai kehadiran Majad juga.

Untuk Uzair aka suami kepada Waheedah, 

'Tak ada pesanan apa pun sebenarnya sebab tahu mesti akan jaga Edah sebaik mungkin dan InsyaAllah, menjadi suami kepada Edah, akan jadi yang terbaik buat Uzair. Edah yang sangat comel, Edah yang sangat baik, Edah yang lemah lembut, Edah yang suka warna biru tapi pelik kenapa kahwin warna pink.. hehe..Edah yang pandai.. Edah yang putih.. haha..Edah yang segala2nya' Banyak sangat nak cakap.


Moga kalian bahagia hingga ke syurga.
Dikurniakan anak yang comel + soleh & solehah.
*Kembar boleh tak edah?hehe.

Sedih sebenarnya masa tulis entry ini. Satu perkara yang Majad teringin kita buat sebelum Edah kahwin tapi tak kesampaian sebenarnya..sob..sob.. Sehari dengan Edah untuk ada lady's talk, makan2 bersama, tidur sebantal sebabnya kali terakhir kita jumpa tahun 2011. *Lama kan tak jumpa.Majad baru perasan.huhu..Tak pe, mungkin boleh berjumpa di syurga. InshaAllah.

4 comments :

Feel free to comment..
Really appreciate it!!
Syukran,Kamsahamnida,Terima Kasih, Arigato Gozaimas, Thank you.

Change is never easy. You fight to hold and you fight to let go!
 

Zierwa Zainal Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork