Tuesday, February 24, 2015

Kerja..Kerja..Kerja



Alhamdulillah.. Allah izin zz tak tanam anggur lama.. Nak stoly moly dlm blog dah lama dah tapi line internet rumah zz yang slow yang amat. zz online guna kuota hp ja.. 

My first interview dan Allah izin terus dapat kerja. zz punya la ready satu2 untuk interview sekali apa yang zz ready tak disoal pun.. memang sempoi hbis zz nye interview. kejap je.. Ambik ujian bertulis yang lebih pada mengira pastu kena interview dengan tiga orang pegawai. Actually zz interview untuk cawangan yang akan dibuka dekat Temerloh,Pahang. kekonon nak merantau ke pahang la sebenarnya. tapi angan-angan tak kesampaian. eh bukan Allah tak izin sebenarnya.. :)

soalan-soalan yang telah ditanya dan tengok cemana jawapan zz ea.. win tak?haha

1. Kamu duduk dekat Perak tapi mohon kerja dekat Pahang. Tak jauh dari rumah? family kamu tak akan suruh kamu pindah balik Perak nanti?

J: inshaAllah tak. Memang dah biasa merantau jauh ni. Lagipun tak kahwin lagi, memang tak kisah nak merantau cerok mana pun. Cari pengalaman yang konon2 luas pemandangan nanti.

2. Kenapa kamu minta untuk jawatan Kerani sedangkan kamu ada degree? Gaji kecil je.

J: Bermula dari bawah, belajar satu-satu lebih baik sebenarnya. Lagipun saya suka jadi Kerani duduk dekat kaunter, jumpa pelbagai karenah anggota. Belajar banyak benda. Gaji tu tak pe. InshaAllah gaji akan naik nanti. Saya tak memilih sangat soal gaji ni.. 

3. Apa cita-cita kamu?

J: err.. cita-cita saya dari dulu lagi nak jadi salah seorang staf di sini. hehe

Win tak jawapan zz? Memang sempoi habis..

zz kena dua kali interview sebabnya zz ditawarkan jawatan lain (Alhamdulillah) di Ibu Pejabat sebenarnya.. Tak dapat la nak ke Pahang merasa ikan patin semua tu.. Interview kali ke dua tu kira macam nak tengok zz sesuai tak dgn jawatan ni..Alhamdulillah berjaya walaupun mcm tunggang langgang jwpn zz sebabnya zz memang tak prepare langsung.

medical check up. 
macam biasa la bila nk mula kerja, kena buat medical check up semua tu. zz buat dekat hospital kerajaan. x-ray kena buat dua kali sebab tersilap apa tah. janji siap hari Rabu tapi tak siap2 so kena datang balik. dah datang esok nya, Dr tak sign lagi. kena tunggu sampai dr dtg.. mmg dugaan betullah..ish2..

surat tawaran

perlantikan jawatan sebagai apa? Rahsia dulu lah tapi ditempatkan di bahagian Cawangan dan Akaun..atau lebih khusus lagi bahagian akaun. zz dengan akaun memang tak pernah ngam so zz memang tak mahir akaun. huhu..maka doakanlah zz ye bagi cepat belajar. sekarang ni masih merangkak-rangkak lagi sebenarnya.. dah 3 minggu dah zz kerja sebenarnya.. start 9 february hari tu lagi..

meja zz :)

ini lah komputer dan meja zz.. yg hitam merah tu diary yang tempat kerja zz bagi.. cun kan? boleh tulis apa yang zz belajar dlm tu..

jangan lupa panjatkan doa untuk zz ye.. bagi mudah faham apa yang dibelajar dengan cepat. huhu.. nak bercinta dengan akaun ni.. alahai..

p.s alhamdulillah azam zz tahun 2015 untuk dapat kerja dah tercapai dengan izin Allah.. :) Nanti2 zz akan ceritakan apa azam zz tahun ni..


6 comments :

  1. semoga tercapai impian akak zz ..
    bestnyaa dah habis belajar...tempuh alam kerja,berdebar plak kalau fikir.heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. amiin.. tulah..awal2 pun kak zz berdebar jugak,.
      lain sgt zmn belajr dgn zmn kerja..

      Delete
  2. Replies
    1. hehe.. mse awl2 dlu rase excited dh msuk keja kecut perut..

      Delete

Feel free to comment..
Really appreciate it!!
Syukran,Kamsahamnida,Terima Kasih, Arigato Gozaimas, Thank you.

Change is never easy. You fight to hold and you fight to let go!
 

Zierwa Zainal Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork