Wednesday, February 25, 2015

Petro Sains, aku dataaaaang!

Bila orang yang tak pernah jejakkan kaki ke Petro Sains, cenggini la jadinya..haha.. Adik-adik zz lagi advance dari zz sebab dia orang dapat pergi sana masa lawatan sekolah. masa zz kol yg zz excited nk pergi Petro Sains, dia orng gelakkan zz sambil ckp kesian lah tak pernah pegi.. *sabo je lah ye. Rezeki terpijak orang cakap bila dapat pergi masuk PERCUMA.. jimat dah duit kat situ..hehe.. KLCC pun sebenarnya last zz pergi masa darjah dua kot tu pun tak masuk dalam KLCC pun. Macam rusa masuk kampung tak?haha.. takpe..pengalaman kan.. Minggu pertama dekat KL dah macam2 pergi nye sebab ada kawan..

sumber:Google

nak jadi ceritanya zz pergi UIA(next entry zz update kenapa zz pergi UIA) dengan geng2 UUM zz (Atikah & Nabihah) dan singgah tidur dekat rumah kwn zz jugak (Kak Arfa). Pagi ahad 15.12.2015 tu rancang nak pergi SOGO sebab kawan zz ada nak tengok-tengok barang sikit tapi sekali adik kawan zz yang kerja dekat KLCC as a volunteer pelawa tak nak pergi Petro Sains ke? Pergh.. zz yang dengar terus on je lah.. haha..Peluang hanya sekali..

zz yang tengah tu..hehe
semua benda zz cuba. paling tak boleh tahan bila kwn zz suruh cium bau udara kot zmn batu kayu dulu.. pergh.. nak termuntah kot zz.. terus amek spray cium wangi sikit..hadoii..terkena zz.. tapi tak pe.sebab dia pun kena paksa bau juga udara tu..haha.. zz cuba kereta formula 1.. so kena bayar rm2.. sakit badan kot masa main tu..

ada gaya tak?

dekat dua jam kot kita orang dalam tu..rasa macam budak-budak pulak.. yang syok nye kwn zz ajar zz naik lrt..sebab susah nak cari parking kalau naik kereta.. zz nak perking nk balik rumah pun kalau ada rezeki parking senang, kalau tak berjanggut jugak la nk menunggu nak parking kereta.. sob2..

momento with them, Tikah n Bihah
kekonon nak selfie depan replika f1 ni.. kenangan la katekan..haha.. tapi zz memang fail selpie ni.. ingat kalau wefie tu blh la pandang kamera.. tapi bila tengok balik zz je yang tak pandang kamera.. haha.. kena orang tangkapkan gambar kot baru ok..

ada satu gambar lagi sebenarnya tapi zz malas nk transfer ke lappy zz. zz beli gambar tu kekonon kenangan la sebenarnya.. yelah bukan senang nak dapat gambar cun melecun macam tu.. hehe

p.s cuba suggest kat KL ni tempat apa yang best untuk zz pergi jalan-jalan dengan kawan-kawan zz ni :)

8 comments :

  1. pernah pergi sekali,bawak anak buah. end up main permainan budak2 jelah.HAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun..sekali sekala rasa mcm budak2..haha

      Delete
  2. saya dah lama tak pegi petrosains ni. last pegi masa darjah 4 tak silap. suka sangat dgn petrosains ni sbb banyak benda menarik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..tula pasal.. zz yang tak pernah pergi ni lagi lah eksaited kn..

      Delete
  3. Replies
    1. kelakar sgt.. haha.. sbab ada tikah buat lagi kelakar.. :P

      Delete
  4. Memang seronok pi petrosains. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2.. punya la lama keinginan nak pegi sana tu..

      Delete

Feel free to comment..
Really appreciate it!!
Syukran,Kamsahamnida,Terima Kasih, Arigato Gozaimas, Thank you.

Change is never easy. You fight to hold and you fight to let go!
 

Zierwa Zainal Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork