Wednesday, May 21, 2014

Special Dedications for My AJK


Special entry for my AJK TUGAS2 KHAS!!

Walaupun program ni dah berlalu beberapa hari yang lepas, tapi zz still nak bercerita.. Kesibukan ini lah yang membuatkan zz x sempat nk update blog zz.(alasan je kan?hihi..) Banyak kali tidur 3 pagi, tak cukup rehat. Alhamdulillah, Allah izin, Islamic Finance and Banking Association atau lebih senang panggil IFBA mengadakan Annual Grand Dinner buat julung kalinya memandangkan Kelab ini baru sahaja ditubuhkan. Bila pertama kali buat ini, mestilah nak kena meriah kan?? 
prop word IFBA yang baru siap 80%
Dinner kali ini, zz diberi mandat memegang Exco Tugas-tugas Khas (zz yang minta sebenarnya..kiki). Tugas2 zz macam biasalah kena ceriakan dewan. Pening kepala jugaklah nk fikir sbbkan nk kena ikut tema "Modern and Classic" tapi pengarah ckp buat je jadi semua ikut kepala je lah.. haha.. 

Antara props yang ada masa Dinner
Alhamdulillah diberi AJK yang ringan tulang dan penuh dengan ke'kreatif'an yang tersendiri.. :) Mudah sgt bekerja dengan dia org. Petang2 sebelum prgram mesti lepak dekat parking kereta hampar tikar. Seronok sangat.. ada satu malam tu lepas meeting, zz and the geng keluar makan2.

Makan-makan with my AJK
Perutusan khas buat semua AJK
Assalamualaikum wbt,Pertama kalinya, kak Majad nak ucapkan berbanyak2 terima kasih kepada semua AJK (Irfan, Nazif, Najibah, Farihan & Amirah dan juga Underground AJK) kerana sudi menyumbangkan segala idea, kerahan tenaga dari petang sampai malam menyiapkan hiasan dewan untuk ANNUAL GRAND DINNER yang pertama. Segala sumbangan dari segi IDEA dan TENAGA, kak majad ucapkan jutaan terima kasih.
Sepanjang kita semua menyiapkan segala props, hiasan pentas, duduk atas tar smpai lenguh, tengok korang main kejar2 (opps..haha) dan segala-galanya, kak Majad dengan rendah hati memohon berbanyak-banyak kemaafan sepanjang tempoh kita bekerjasama buat terakhir kalinya, tak kiralah marah ke, mengarah ke dan sebagainya..huhu.. Jangan simpan dalam hati ye..
Dan buat AJK2 lain yang membantu secara langsung atau tidak langsung, saya mengucapkan jutaan terima kasih kerana menjayakan program Dinner pada kali ini..
Semoga IFBA akan terus maju bersama kepimpinan yang akan datang. InshaAllah..
backdrop untuk dinner..konon2 macam grand boleh ambil gambr semua tu

Terasa lega sangat bila dapat melaksanakan tugas dengan baik.. Alhamdulillah.. Moga ini akan menjadi kenangan sepanjang tempoh tiga tahun belajar di UUM..





4 comments :

  1. Wow kak.. Cantiknya yg bulat2 warna warni tu (apa nk pggl tah) akk nie, students kuis ke ?? Amik course apa ? Sbb cm curious lak huehehe. On http://syaziesyazie8.blogspot.com/2014/05/kuis-pilihan-kami.html

    ReplyDelete
  2. perghhh. serius cantik!! sukanya... dari gambar yg paling atas sampai bawah kita suka.. hee.. nnti jgn lupa update story & gambar2 pasai dinner ni ye.. heee

    ReplyDelete
  3. Lwanya sis... mmg kreatif... ^__^

    mmg tak sia2 usaha2 semua :)

    dah buat dah dinner? :)

    Pst:/ UUM besow ya amat.. masa tingkatan 5 2 kali gi sana join program skolah ahaha

    ReplyDelete

Feel free to comment..
Really appreciate it!!
Syukran,Kamsahamnida,Terima Kasih, Arigato Gozaimas, Thank you.

Change is never easy. You fight to hold and you fight to let go!
 

Zierwa Zainal Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork