Sunday, May 24, 2015

Weekend yang bikin PANAS!



Kebiasaannya hujung minggu selain dari berehat/bersenang lenang dekat rumah, window shopping atau lepak dengan kawan perkara yang paling zz tunggu la.. Tapi kebelakangan ni, keluar jumpa kawan atau lepak dalam rumah, zz akan pilih lepak dalam rumah. Bukan sebab zz tak suka nak jumpa kawan tapi zz stress dengan kawasan rumah yang zz sewa sekarang ni. 



Rumah yang zz sewa sekarang ni sebelah dengan Mcd. Orang kata kalau dekat dengan Mcd macam best sebabnya 24 hour so, macam keselamatan dari segi kenderaan tu macam terjamin la sebabnya customer sentiasa ada tak kira masa. Orang katalah. Kejap lagi zz akan buktikan apa yang orang kata tu sebenarnya tak betul.Apa yang buat zz malaih nak keluar sekarang ni adalah PARKING KERETA!! 

Hari ni je dah buat zz sebal sebabnya tunggu parking dekat 2 jam. Bengang tak? 2 jam masa zz dah rugi dalam kereta sahaja. Dah tu ada satu kereta nak masuk parking dekat Mcd tak reti nak menyabar. Jalan sempit, Bagilah laluan dulu dekat kereta lain. Selfish betul. Hujung minggu Mcd memang ramai tapi yang zz geram dia orang tak parking dekat tempat yang Mcd sediakan. Kononnya sebab berbayar. zz tadi siap menjerit dalam kereta sebab terlampau stress sangat. Kalau ikutkan hati memang nak cari rumah lain je tapi memandangkan rumah yang zz sewa ni dekat dengan tempat kerja zz yang boleh buat zz jalan kaki sahaja pergi kerja, buat zz macam bersabar sikit. Tapi tak tahulah boleh bertahan lama mana. 



Nampak tak kelainan dalam kereta ni? zz duduk tingkat 4. Ni kereta budak tingkat 3 kalau tak silap. Allah uji dia tengah bulan bukan takat tayar kena curi sekali dengan sport rim kot. Kereta IRIZ kan sport rim macam sporty sikit. Tak Moga Allah lindungi kereta zz dan permudahkan urusan zz. 

Nota zz : Rasa macam duduk KL ni cepat tua pulak rasa. Yelah rasa nak marah je. adoii..



2 comments :

  1. oh my god.. kalau i jadi u z.. entahlahhh tunggu 2 jam dalam kereta? no way! pecah kereta tu i kerjakan .. uissh kesiannya pemilik kereta tu.. terdesak benor sampai curi sport rim orang T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. dasyat kan? bengang je sebab 2 jam habis macam tu je. Tulah pasal. Siap ada orang pesan kalau hujan je intai2 lah kereta sebab orang tu buat kerja masa hujan.

      Delete

Feel free to comment..
Really appreciate it!!
Syukran,Kamsahamnida,Terima Kasih, Arigato Gozaimas, Thank you.

Change is never easy. You fight to hold and you fight to let go!
 

Zierwa Zainal Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork