My first entry in March..wahaha..nak post sokmo tapi asyik draft je. nak wat guane la kan.. Entry kali ni zz pegi jauh sgt.. Dari KL ke Kedah.. Dasyt x? Bertolak dalam pukul 9.30 malam sampai dalam pkul 3.30 pagi la.. Sorang? memang tak lah.. tapi bertiga.. macam biasa la dengan kwn2 zz yang pergi Petro Sains jugak tu.. seriously letih sebab memasing baru blik kerja kan. Tak rehat terus pergi Kedah. kekonon nak cepat sampai la.. haha
Reason kita org pergi kedah kenapa? sebabnya one of my friends nak WALIMAAAAAH.. pergh.. macam tak caya je kot..rasa mcm dlm mimpi bila dia bagitahu dia bertunang 2/2/2015 dan nak khwin 8/3/2015.Sebulan je persiapan semua tu.. Kekonon bila usik suruh kahwin, tak maw lagi la sekali dia lah yang paling awal antara kita org.. *nangis gembira
|
single & double |
Kita orang punya perjalanan mmg adventure la.. Sampai je Kedah, tido rumah member sekali call dia x angkat.. yelah sampai kul 3 pagi kot.. tak terjaga la.. so, kita org decide tidur dalam kereta sampai kul 6 pagi..haha.. bolehlah lena juga tidur walaupun terjaga-jaga jugak..haha.. seronok tengok sahabat kahwin tu hilang kan rasa penat semua tu. :)
akad nikah kawan kita orang ni hari yang sama kenduri lah.. akad nikah pukul 10 pagi dekat masjid terus pergi kenduri.. simple!
|
berdebar-debar agaknya sebelum akad nikah |
kita orang ingat nk duduk sebelah pengantin sebenarnya tapi tak tahu lah ada sorang mak chik tu tak bagi..so jauh sikit la dari pengantin...sob..sob..
rasa macam kita orang yang berdebar..wahaha.. tapi masa dengar khutbah nikah, jauh di sudut hati, rasa macam sedih la jugak. dah hilang sorang kawan kita orang.huhu..tak sama dengan masa bujang, ada masa untuk kawan. bila dah jadi isteri, apa-apa kena minta izin dari en suami.betul x?
|
muka berkerut sebab panas matahari |
|
zz dengan pengantin. Pengapit? tak lah..haha |
abaikan tudung zz yang senget benget dah rasa sebab panas dengan perut lapar..haha..dan first time juga sebenarnya zz pakai shawl jauh-jauh mcm ni.. ok tak?huhu
|
aish tak perasan angin dari kipas buatkan tudung zz mcm tu..sob2.. |
banyak lagi gambar sebenanrnya tapi zz nk upload yang ni je sebab gambar yang best nak minta dekat pengantin masa kita orang join sekaki photoshoot dalam bilik pengantin..hehe..
Hanisah Hamzah,
sekejap je masa berlalu kan? berkawan dari semester 1 dekat UUM lagi. dah 3 tahun rupanya.. tak sedar waktu berlalu. teringat masa kita sibuk-sibuk nak isi borang transfer subjek masa orientasi, nak pilih subjek apa dekat bilik mesyuarat IBS, copkan tempat untuk Majad dalam kelas Arab sebab selalu masuk lewat, sibuk susun jadual untuk sem depan, breakfast, lunch, dinner, supper sesama, sibuk study subjek apa, kelam kabut nak buat assignment, kena marah sebab present tak bagus, semangat nak joging sesama, overnight dekat Penang tak rancang, Padang besar la, accident sesama, buat BP lagi, jadi roomate sementara Majad la, teman Majad pergi hospital, shopping tak hengat dunia dan banyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaak lagi tak terhitung.sob..sob..
terima kasih untuk segala 3 tahun yang berlalu. Majad minta maaf kalau untuk tempoh 3 tahun itu, banyak benda yang Majad buat tanpa sedar buat Sah terluka ke, sedih ke tak kira masa Majad marah ke,ape2 lah yang buat Sah sedih, Majad minta maaf tulus ikhlas dari hati.
sedih bila Sah bagitahu tarikh kahwin sebab sedar tak sedar Majad akan hilang lagi sorang kwn Majad yang bujang. Tak caye tanye Tikah rasa dia macam mana. Betul tak Tikah?hehe..
Nisah,
Jadi isteri solehah untuk en suami,Nazri. Jaga makan minum dia, maruah dia dan sebagainya.. Asyik cakap tak pandai masak bukan cara untuk kita tak masak tapi satu cara untuk kita kena rajin masak sebab nak bag en suami rasa. Air tangan isteri kan penting. bukan air basuh tangan isteri ya..haha.. Jaga aurat sebab lepas ni suami yang tanggung dosa kita. apa yang Nisah belajar selepas kahwin tu penting sebelum nak jadi ibu nanti.
SELAMAT BERCINTA HINGGA KE SYURGA
& SELAMAT HARI LAHIR NISAH YG KE 25
Majad doakan Nisah dan en suami bahagia hingga ke syurga. Buat en suami Nisah, Nazri, Jaga Nisah kita orang elok-elok. Bagi dia sihat..haha.. Manalah tahu konvo nanti bertiga kan? hehe..
eh, lupa nak cita apa yang kita orang bagi untuk hadiah kahwin dia? puas memikir nak bagi apa, lastly kita orang decide nak beli comforter sebab for sure dia akan guna selamanya.
|
see..dah pasang terus.. haha
|
|
termenung fikirkan bila turn zz pulak la kot..haha |
erm.. bulan 9 sorang lagi nak walimah pulak.. tahun yang sama hilang dua orang..sob2.. siapa? nanti-nanti zz bagitahu ya.. Terus gerak balik ke KL hari kenduri jugak, sampai dekat rumah dekat 11.30 malam jugak la..fuh.. dengan esoknya kerja..Mata dah jadi macam mata panda dah kot.. Jangan lupa untuk doakan zz ye mana tahu turn zz pula akan tiba dalam masa terdekat ni..hehe..