Sunday, November 23, 2014

Secebis bingkisan buat Waheedah

23.11.2014
Tarikh istimewa buat sahabat saya
menjadi pelengkap hidup kepada pasangannya
Muhammad Uzair bin Izham



Dari kita mula kenal
Dari apa yang Majad perhatikan
Dari segala-galanya
Dia sahabat yang tak pernah jemu
Nasihatkan Majad bila hilang arah
Cari Majad bila jadi chipsmore
Tanpa jemu

Dan untuk itu
Jutaan terima kasih yang tak terhingga
Atas rasa sabar 
Melayan segala karenah Majad
Atas segala nasihat
UntukMajad
dan atas segala rasa
kerana sudi menganggap Majad
sahabat kamu



Terima kasih
atas persahabatan 7 tahun itu
Terima kasih Allah
kerana kurniakan Majad 
sahabat terbaik 
yang baik dari segi akhlaknya
tutur katanya

Maaf kerana tidak dapat menghadirkan diri 
pada hari yang penuh bahagia 
buat dirimu
kekurangan untuk Majad sebenarnya
tidak dapat berkongsi kegembiraan bersama
dan semoga hadiah yang diterima
boleh dianggap sebagai kehadiran Majad juga.

Untuk Uzair aka suami kepada Waheedah, 

'Tak ada pesanan apa pun sebenarnya sebab tahu mesti akan jaga Edah sebaik mungkin dan InsyaAllah, menjadi suami kepada Edah, akan jadi yang terbaik buat Uzair. Edah yang sangat comel, Edah yang sangat baik, Edah yang lemah lembut, Edah yang suka warna biru tapi pelik kenapa kahwin warna pink.. hehe..Edah yang pandai.. Edah yang putih.. haha..Edah yang segala2nya' Banyak sangat nak cakap.


Moga kalian bahagia hingga ke syurga.
Dikurniakan anak yang comel + soleh & solehah.
*Kembar boleh tak edah?hehe.

Sedih sebenarnya masa tulis entry ini. Satu perkara yang Majad teringin kita buat sebelum Edah kahwin tapi tak kesampaian sebenarnya..sob..sob.. Sehari dengan Edah untuk ada lady's talk, makan2 bersama, tidur sebantal sebabnya kali terakhir kita jumpa tahun 2011. *Lama kan tak jumpa.Majad baru perasan.huhu..Tak pe, mungkin boleh berjumpa di syurga. InshaAllah.

Tuesday, November 11, 2014

Kereta Persatuan, Ukhwah & Dakwah


Kereta turun temurun..

Dari adik zz yang guna masa dia belajar dekat KUIS dulu sampailah zz guna masa belajar di UUM.


dan nampaknya

Jodoh zz dgn kereta ni hanya setakat ni sahaja.


Kenapa zz gelar kereta Persatuan, Ukhwah & Dakwah?

Kereta persatuan sebab kereta ni lah zz ambil ajk2 kelab dekat asrama bila nak pergi meeting. Sharing is caring right? Pergi beli brg2 untuk program, siapkan brg2 sebelum program, makan2, ada ajk yang zz kamceng tolong zz bwk pegi hospital and paling tak boleh lupa bila dia org sempat shopping beli kipas.. :) mmg kenangan betul..
  


Kereta ukhwah sebab pergi mana2 pun mesti dgn geng zz dan naik kereta.. memang kena cukup korum la senang cerita. Kelas,Makan,Ziarah,Shopping dan segala2nya. Tapi yang paling syok sgt bila sorang lambat maka semualah lambat..haha.. Kalau gaduh tara mana sekalipun, tetap akan naik kereta ni cuma masing2 senyap sepi tak tahu mana nak mula..


Kereta dakwah sebab zz selalu guna kereta ni bila pergi usrah, program ilmiah masjid dll. Antara yang paling best bila kereta ni pernah bawa Hilal Asyraf. Terasa bangga sekejap. Hehe.  *sila pergi jauh2 Yelah, kereta yang buruk ni bila orang yang berilmu naik terus rasa mcm baru. :)

Semoga kalian yang pernah naik kereta kecil ni akan sentiasa mengingati segala kenangan yang tercipta dari sini.

Friday, November 7, 2014

I'm Back




 Masha Allah.. 
It's too long that I didn't update anything for my blog..
InshaAllah, I'm back for the good.
from 14th of July until 02nd November 2014,
zz just undergo my industrial training/practicum at Koperasi Tentera,
Tak boleh online sebab memang tak da wifi..
Really miss you guys..
Alhamdulillah, report practicum pun dah siap..
So for those who leave any comment, 
InshaAllah, asap I will start my bw
and of course there are so many things that zz wanna share with you
May Allah bless you..
Allah Hafiz..

 

 
Change is never easy. You fight to hold and you fight to let go!
 

Zierwa Zainal Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork