Sunday, May 31, 2015

Kuala Lumpur International Hijab Fair 2015


Semuanya adalah kebetulan? taklah..semuanya Allah yang susun. :) Lepas pergi pasar malam dengan housemates, tiba-tiba housemates ajak pergi PWTC. Hujung minggu macam ni lah yan best kalau nak pergi jalan2 lepas penat kerja.. Tak malu betul kan? Nak ikut je kejanya.. haha


Housemates zz ajak zz pergi Usrah Mega Yadim dekat PWTC. Rumah zz dgn PTWC dekat je.. serious memang dekat gila tapi tak delah sampai boleh jalan kaki. Sekali bila pergi merempit rupa2nya Usrah Mega tu adalah salah satu daripada Kuala Lumpur International Hijab Fair tu rupanya. So, kira macam first time lah pegi sana. Sebenarnya semua first time untuk zz yang baru duduk KL ni.. First time pergi PWTC, pergi SOGO, pergi KLCC etc.


Tahu tak apa yang paling best? Intipati pengisian Usrah Mega tu sangat best. Dengan pengisian oleh Prof Muhaya, then penyanyi jemputan Heliza Helmi yang sangat comel orangnya dan Dato' Asyraf Wajdi sebagai pengacara. Sekejap je rasa masa berlalu masa dengar ceramah tu. Btw suara Heliza live memang sedap. zz pun kalah..eh?hahaha



Alhamdulillah dapat juga peluang nak tangkap gambar dengan Prof Muhaya. Yang baju pink tu housemate kita.. hehe..Abaikan gambar yang zz yang kebelakangan ni nampak tembam.. sob.. Sedikit perkongsian yang dapat zz kongsikan dari apa yang zz dapat dari Prof Muhaya tentang Hijab & Aurat ialah:

Let's have Solat and Hijab Index which mean before kita keluar pergi dating shopping dengan kawan or family, tengok diri pada cermin dan nilai diri kita samada pakaian yang kita pakai tutup aurat atau tidak, hijab yang kita pakai, labuh atau tidak. Let's ur TAQWA become your KPI and please do not obey Allah's rule. Jaga Allah, nescaya Allah akan menjagamu. 

Banyak lah input yang zz dapat sebenarnya. Rasa macam bersyukur zz ikut housemates zz pergi PWTC. I guess kalau tahun depan ada lagi, zz akan pergi lagi. :) Sempat lah zz ambil gambar kenang-kenangan dekat situ sebelum zz balik. Tak shopping ape pun sebabnya sekarang ni nafsu shopping dah kurang. 


nota zz: There is always a first time for everything

Wednesday, May 27, 2015

Wordless Wednesday #15






Tuesday, May 26, 2015

5 Tip bangun Subuh awal


Malam ni zz rasa macam nak kongsikan tip untuk bangun subuh awal. Bukan sahaja untuk pembaca malah untuk zz juga. Lebih-lebih lagi kita akan bertemu bulan Ramadhan yang tak sampai sebulan je lagi.Boleh juga gunakan untuk bangun sahur nanti. 

Teringat masa study dulu, ralat rasa bila stay up memalam, bangun subuh terlajak. Lari lintang pukang kejar waktu yang dah nak ke penghujung, tak peduli ape dah masa tu. Rasa berdosa sebab bangun lewat dan rasa macam siapkan assignment semua tu tak de erti. Sebabnya, kejar redha Allah dulu paling utama. So, bila dah kerja ni, sikit-sikit zz ubah diri zz untuk bangun awal subuh. Kalau ada masa, boleh lah buat solat sunat dulu kan?

Perkara utama yang perlu kita utamakan untuk bangun subuh awal :

1. TIDUR awal. 

Tidur paling awal yang zz pernah buat adalah tidur lepas solat isyak. hehe.. tu kalau dah penat sangat la.. sebabnya bila kita tidur awal, kita sendiri akan bangun awal. Badan dah cukup rehat, nak jumpa Allah pun dalam keadaan yang tenang je. Tapi seeloknya tidur awal tu tidur sebelum jam 11.30 malam la.. Sempat la siapkan mana2 yang patut. Selebihnya boleh buat lepas Subuh. Fresh je otak kita nak memikir masa tu.

2. Ambil wuduk

Sebelum ambil wuduk tu boleh lah gosok gigi, cuci muka untuk bersihkan segala kotoran yang ada dekat muka dan juga untuk elakkan kaviti.. macam iklan pulak. ngee...

3. Solat sunat + Baca Quran

Alang-alang dah ambil wuduk kan, why not bentang sejadah buat solat sunat dulu sebelum tidur. Tak kisah lah solat sunat hajat ke, solat taubat ke tak pun solat istikharah. eh...eh.. Lebih kurang macam solat ni satu stesyen muhasabah sebelum tidur. Kalau mampu, bacalah surah al-Mulk sebelum tidur. Bab ni zz pun ada on off juga.. Kadang-kadang je baca..huhu. Baca dulu 3 Qul, tarik nafas untuk bagi selesa, Pejamkan mata sambil istighfar & zikir sampailah terlelap.

4. Set alarm

Set alarm ni memang semua buat lah kan? Setlah alarm dengan lagu-lagu yang menyenangkan kita contoh macam alunan azan ke, lagu nasyid yang berunsurkan ketuhanan ke. Ada setengah suka set dengan ayat Quran tapi zz macam tak berapa suka sikit sebabnya ye lah bila kita matikan alarm tak ke ayat Quran tu tergantung. Kalau boleh elakkan muzik-muzik yang tak seiring dengan roh Islam. Pernah kawan zz pasang lagu rock, pergh mahu terkejut zz, alhamdulillah sempat roh zz masuk balik dalam badan zz, kalau tak, blog ni dah x de dah. Terkezut kot. Paling mudah set je ringtone yang dah sedia ada dalam hp.. Macam zz..hehe..

5. Niat

Perkara paling utama adalah niat. Niat untuk bangun awal inshaAllah, Allah akan bangunkan kita. Adalah sorang member zz pernah share petua orang tua untuk bangun awal. Tak tahulah korang pernah dengar ke tak. Tepuk bantal sebelum tidur sambil niat "ya Allah, bangunkan aku untuk beribadat kepadamu", pastu tepuklah bantal pukul berapa kita nak bangun. Kalau pukul 5, tepuklah 5 kali. Tapi tak tahulah nak buat macam mana kalau korang nak bangun 4.30. haha.. mahu nipis bantal kalau tepuk sampai 30 kali..haha.. Gurau je.. Tapi apa-pun letakkan pergantungan pada Allah bukan pada tepuk bantal tu ye. 


Renung-renungkan dan Selamat beramal. Hehe..zz hujung minggu je rajin stay up sampai subuh terus.. tupun sekali sekala bila ada geng la.. Jangan ikut, tak bagus.. Badan jadi tak sihat sebenarnya. Jom tidur awal malam ni.

Nota zz : Semoga kita sama-sama jadi ahli Subuh.



Monday, May 25, 2015

Review Movie: Tinker Bell Secret of The Wings

Lama rasa zz tak review movie. Bertahun rasanya. Buat sape yang kawan dengan zz, rasanya semua tahu kot zz memang suka cerita kartun. Paling suke cerita kartun yang comel-comel macam Barbie, Frozen, Cinderella etc. Kali ini zz pilih nak review cerita Tinker Bell. The Secret of The Wings. Setakat ni zz paling suke Tinker Bell yang siri ni sebabnya kisah pasal adik beradik sikit. 





By the way, Tinker Bell ni ada banyak siri. zz letak yang zz dah pernah tengok je lah ye. Ada dalam 7 siri jugak la sebenarnya. Tak sempat lagi nak tengok semua. 







Tinker Bell (2008)
Ini Tinker Bell yang pertama zz tengok.



zz nak cerita sikit pasal sinopsis Secret of The Wings ni. Sebelum tu untuk ape2 yang pernah tengok Tinker Bell yang pertama, Tinker Bell ni lahir dari ketawa bayi. Nak dijadikan cerita kira macam Tinker Bell ni kembar lah cume nye masa diterbangkan tu sepatutnya lah sesama tapi yang kembar dia tersangkut dekat pokok pastu kira macam terpisahlah. Maka jadilah Tinker Bell dari musim panas, Periwinkle dari musim sejuk. 

Kira macam ada dua negara la kononnya and then siap ada border lagi. Tinker Bell ni dari siri yang kita tengok, perasaan ingin tahu dia tinggi yang amat. Usaha untuk ambil tahu apa yang dia nak tahu. Bila dia jejak dekat musim sejuk masa tolong kawan dia hantar binatang, dia punya wing dia bercahaya. Punyalah dia siasat sampai sanggup pegi library nak cari tentang musim sejuk ni. Dah jumpa buku tapi sekali muka surat tu ulat makan. Nama pun ulat buku kan..haha


So, Tinkerbell buat satu keputusan untuk pergi ke musim tu sendiri dengan naik burung hantu yang datang dari musim sejuk untuk ambil bakul di musim panas senyap2. Semata-mata nak pergi jumpa Keeper, penulis asal buku tu. Kebetulan masa dia pergi jumpa Keeper tu, wing dia bercahaya sebabnya Peri winkle pun datang jumpa Keeper nak cakap pasal wings dia. At the end, dia orang tu rupanya sisters. Raut wajah yang sama, hobi yang sama etc.

Kebetulan Tinker Bell datang situ, maka Peri winkle tu bawaklah dia jalan-jalan main salji. Peri winkle pun ada keinginan untuk pergi tempat Tinker Bell tapi Peri Winkle ni tak boleh kalau tak sejuk. So, macam mana Tinker Bell fikir untuk bawa Peri Winkle ni ke tempat dia, kena tengoklah cerita tu ye.. hehe

zz ni dengan cerita kartun yang comel-comel ni macam tak boleh berpisah. Sebab memang suka dengan gambar yang comel-comel ni. Kalau dah kahwin nanti macam mana ye? Tapi zz tengok bukan suka-suka lah, ada pengajaran yang boleh kita ambil sebenarnya. Contoh macam dalam cerita ni, talian adik beradik tu. Jauh tara mana pun, tetap akan bertemu cuma nya masa yang akan tentukan. 


Sunday, May 24, 2015

Weekend yang bikin PANAS!



Kebiasaannya hujung minggu selain dari berehat/bersenang lenang dekat rumah, window shopping atau lepak dengan kawan perkara yang paling zz tunggu la.. Tapi kebelakangan ni, keluar jumpa kawan atau lepak dalam rumah, zz akan pilih lepak dalam rumah. Bukan sebab zz tak suka nak jumpa kawan tapi zz stress dengan kawasan rumah yang zz sewa sekarang ni. 



Rumah yang zz sewa sekarang ni sebelah dengan Mcd. Orang kata kalau dekat dengan Mcd macam best sebabnya 24 hour so, macam keselamatan dari segi kenderaan tu macam terjamin la sebabnya customer sentiasa ada tak kira masa. Orang katalah. Kejap lagi zz akan buktikan apa yang orang kata tu sebenarnya tak betul.Apa yang buat zz malaih nak keluar sekarang ni adalah PARKING KERETA!! 

Hari ni je dah buat zz sebal sebabnya tunggu parking dekat 2 jam. Bengang tak? 2 jam masa zz dah rugi dalam kereta sahaja. Dah tu ada satu kereta nak masuk parking dekat Mcd tak reti nak menyabar. Jalan sempit, Bagilah laluan dulu dekat kereta lain. Selfish betul. Hujung minggu Mcd memang ramai tapi yang zz geram dia orang tak parking dekat tempat yang Mcd sediakan. Kononnya sebab berbayar. zz tadi siap menjerit dalam kereta sebab terlampau stress sangat. Kalau ikutkan hati memang nak cari rumah lain je tapi memandangkan rumah yang zz sewa ni dekat dengan tempat kerja zz yang boleh buat zz jalan kaki sahaja pergi kerja, buat zz macam bersabar sikit. Tapi tak tahulah boleh bertahan lama mana. 



Nampak tak kelainan dalam kereta ni? zz duduk tingkat 4. Ni kereta budak tingkat 3 kalau tak silap. Allah uji dia tengah bulan bukan takat tayar kena curi sekali dengan sport rim kot. Kereta IRIZ kan sport rim macam sporty sikit. Tak Moga Allah lindungi kereta zz dan permudahkan urusan zz. 

Nota zz : Rasa macam duduk KL ni cepat tua pulak rasa. Yelah rasa nak marah je. adoii..



3 movie serentak?



Kerja gila hujung minggu dengan housemates. Hadoi!!! Rasanya dah lama tinggal kot. Time study dulu ja rajin buat. Sekali bila housemates ajak, apa lagi jalan lah.. Nasib zz dah caj bateri petang tadi. Bolehlah nak stay up. Bukan untuk study la, tapi tengok movie. Kepala macam dah tingtong dah sekarang ni sebab dah ngantuk gila. Niat nak tengok banyak movie serentak sebab nak tunggu Subuh ja. Terlepas subuh mahu bertambah2 dosa. sob..sob..

First movie request by my housemates. So kita pulunlah download, sekali bila download potong semangat sebabnya bila tengok nampak kepala orang. Dekat panggung rupanya. Apalah nasib badan.


Fast and Furious 7. zz serius tak pernah ikut pun cita ni sebabnya kita tak berapa minat. Tapi  zz still ambil tahu tentang Paul Warker la. Tak minat tapi cakna tau?hehe. zz tengok movie ni sebab ada housemates yang tukang cerita memahamkan zz yang tak faham2 ni..hehe.


movie kedua Miracle in Cell No 7. Kalau tadi tengok cita pasal aksi, pagi2 buta ni kita buat cita pasal emosi. Serius cerita ni layak dapat bintang yang sangaaaaaaaaat lebih. Dengan budak kecik ni yang pandai bawak watak dan juga cerita ni sikitpun tak memerlukan pelakon-pelakon yang handsome + yang kacak. Semuanya dibuat untuk diri sendiri. For those yang tak pernah tengok lagi, please imvite me. :)


Kalau tadi cerita tentang aksi, emosi so cerita ke tiga adalah fantasi. Fantasi lah paling best. zz memang peminat Harry Potter. Kalaulah bukan sebab siri kedua kena makan anai-anai, zz dah cukup dah koleksi zz. sob.sob.. punyalah susah nak cari sebab dah lama kot.

Selamat Malam,semua. zz pulak sambung tidur.. Nanti x pasal banyak typo.


Saturday, May 23, 2015

I'm Back For Good



Sebulan lebih mendiamkan diri.. Finally, I'm back for good. InshaAllah. Banyak cerita yang nak diceritakan sebenarnya. Sharing is caring, right? Laptop zz bukan masalah apa pun sebenarnya.. 'Hang' yang teramat kot sampai zz fedup nak online.

lebih kurang macam nilah muka zz
Source: Google

Alhamdulillah, laptop dah ok.. Bolehlah kembali ber'blogging'. :) Take time sikit lah nak blogwalking. Memang akan masuk gear 5 terus. haha

Wassalam.


Change is never easy. You fight to hold and you fight to let go!
 

Zierwa Zainal Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork