Assalamualaikum
n3 kALi ni NAk cAkAp tEntANg
kiTe suME seBagAi musLimAh
sEmogA kitA dApAt mEnjaDi mUsLimAh
yAnG soLEhAh
MUSLIMAH YANG DIKASIHI.... ..
Peliharalah auratmu walau dimana kau berada.
Jangan biarkan keindahan dirimu menjadi
tatapan lelaki yang bukan mahrammu.
MUSLIMAH YANG DIKASIHI.... ..
Pelihara solatmu,
tundukkan pandangan matamu
dihadapan lelaki yang bukan milikmu.
Kelak engkaulah yang bertuah ketika menjadi tetamu Allah.
Moga-moga dirimu disambut penuh kasih
oleh Bidadari Syurga Ainul Mardhiah.
MUSLIMAH YANG DIKASIHI.... ..
Berakhlaklah dari panduan Rasulmu,
contohi dan ikutinya.
Pasti engkau yang bahagia.
Sejuk mata memandang bercahaya dunia
dengan hiasan muslimah solehah sepertimu.
MUSLIMAH YANG DIKASIHI.... ..
Jadikanlah dirimu seperti
permata yang berharga dicelah kaca.
Ikuti perintah agama, jauhi larangannya.
Al-Quran panduan hidupmu,
Hadith jadi sumber rujukanmu.
MUSLIMAH YANG DIKASIHI.... ..
Jangan biarkan dirimu hanyut dengan
arus kemodenan tanpa bekalan ilmu didada.
Renungilah masa depanmu,
tetapkan iman didada.
Moga ia menjadi perisai buat dirimu.
Jangan kail panjang sejengkal lautan dalam hendak diduga.
MUSLIMAH YANG DIKASIHI.... ..
Nilai cintamu hanya pada Allah yang satu,
kasihi Tuhanmu redhalah Islam menjadi agamamu,
pasti tiada kecewa buatmu.
Kelak satu hari nanti ada insan yang menantimu.
Berkat kasihmu pada Allah yang satu
pasti itulah insan yang menjadi cintamu didunia wasilah dari Allah.
Moga bertambah redha Allah padamu,
melimpah kasihNya padamu
kerana engkau meletak kasihmu padaNya
dahulu sebelum cinta pada kekasih
yang menjadi pilihan hatimu...... ..
WaSsaLAm
p/s ayUh kiTe sEmua MenjAdi MusLimAh
yAng DikAsiHi oLeh ALLAH(insyaALLAH)..
0 comments with Love :
Post a Comment
Feel free to comment..
Really appreciate it!!
Syukran,Kamsahamnida,Terima Kasih, Arigato Gozaimas, Thank you.