Marhaban ya Ramadhan..
Sedap pula halwa telinga zz dengar lagu tu sampaikan ringtone zz pun lagu tu.. haha.. punyalah suka.. Bila tiba Ramadhan ni, apa yang paling penting selain dari Tarawih adalah Sahuuur.. Kenapa sahur penting?
Sahur adalah satu rahmat dari Allah ke atas umat Islam. Sebagaimana Nabi S.A.W bersabda :
"Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu sahur itu terdapat keberkatan"
Entry kali ni zz nak share kelebihan bersahur. zz paling suka bangun sahur. Kalau tak makan berat pun paling kurang makan kurma dengan susu. Bagi bertenaga untuk buat kerja. Tak delah badan pun lemau je.
- Bekalkan tenaga pada kita untuk kerja sepanjang hari.
- Dapat pahala kalau bersahur ni.
- Waktu sahur adalah paling mustajab untuk kita doa.
- Membezakan puasa kita dengan puasa agama lain.
- Memberi peluang kepada kita untuk beribadah selepas bersahur
dan yang paling best ialah
- membolehkan kita solah Subuh awal waktu. :)
zz biasanya pertama Ramadhan je makan nasi. Lepas2 tu zz lebih suka makan roti, oat atau susu plus dengan kurma. Paling utama JANGAN tidur lepas sahur sebabnya makanan dalam badan baru nak cerna masa tu kot dan boleh buat kita gemuk juga. Why not time tu amek berkat Ramadhan baca Quran, selawat ke etc.
Jom, Jom mulakan Ramadhan kita dengan satu perubahan. =)
p.s Selalunya korang time sahur makan apa?