Sunday, March 15, 2015

SINAR atau SIRNA?

saat zz tulis entry ni, ia datang jauuuuuuuuuh dari sudut hati zz.. memandangkan rumah zz ada balkoni yang boleh buat kita tenung klcc dan sewaktu dengannya buatkan zz banyak termenung sambil tengok kesibukan jalan raya setiap masa. *poyo sgt kan?



zz akui zz punya banyak kawan.memang tak tipu sebabnya zz banyak pindah-pindah sekolah. ada satu masa, kwn zz ni, zz kenal dia masa sek A, sekali tgok kwn baik dia kwn zz juga masa sek C. nampak x pusing kot situ juga. seronok ramai kawan tapi zz x punya kawan yang kenal zz dari kecil sampai besar. nampak tak rugi kat situ?huuu.. bila sampai satu masa zz nak ada sorang yang zz mampu cerita , zz tak tahu nak cerita pada siapa. tak zz tulis ats kertas pastu koyak atau zz update entry tp save as draft. 

seriously zz rasa mcm down sikit kalau pikir bab macam tu. zz teringin jugak nak ada seseorang yang tiba-tiba rindukan zz,  ada untuk zz tak kira masa, tak cakap belakang tak sukakan zz, rasa senang dengan zz. zz ada kawan baik, kecik hati dia orang nanti kalau zz cakap zz tak de kawan baik tpi still ada gap sebenarnya. tipulah kalau cakap tak ada kn. 

Sometime the things we can't change, end up changing us
dulu-dulu-duluuuuu, zz ada seseorang yang zz senang sangat dengan dia, tpi mungkin ada perkara yang zz buat, zz fikir macam ni, tapi dia fikir macam tu, so lama-lama jadi tak rapat. rapat juga tapi taklah macam dulu. salah faham bila kita ingat dia fikir macam kita tapi lainnya yang berlaku. huuu.. Time goes by so fast. zz pun diamkan je sebab zz tengok dia pun dah ada kwn baik yang lain. as long dia selesa mcm tu, maka macam tu lah kn. kita tak boleh nak harap apa yang kita nak, kita akan dapat. 

zz punya imaginasi pasal sahabat ni tinggi..haha..angan-angan tak salah kn? zz ada kawan yang sama-sama ambil berat, sama-sama sharing, sama-sama buat apa yang kawan suka.. itu konsep zz.senang je kan? tak nama sahabat kalau salah seorang je sibuk bercerita, sibuk tara mana pun dengan sahabat lapangkan masa, sama-sama ingat memperingati bukan takut nak tegur salah sahabat.

agaknya sebab zz bukan kawan yang baik, maka zz x dapatla apa yang zz nak kan? heee.. banyak benda yang kena baiki lagi ni.. zz tetiba terfikir macam ni sebab zz tibe-tibe nak terfikir macam tu..boleh x? ada sesuatu yang zz fikir sebenarnya tapi tak terluah..

jom dengar salah satu lagu favourite zz Sahabat by Hawary. *nak ambil tisu jap




buat mereka yang bertuah ada sahabat dunia akhirat, maka jagalah mereka dengan sebaiknya :) Learn to appreciate what you have, before time makes you appreciate what you had. 

Bicara Cinta buat Hanisah Hamzah

My first entry in March..wahaha..nak post sokmo tapi asyik draft je. nak wat guane la kan.. Entry kali ni zz pegi jauh sgt.. Dari KL ke Kedah.. Dasyt x? Bertolak dalam pukul 9.30 malam sampai dalam pkul 3.30 pagi la.. Sorang? memang tak lah.. tapi bertiga.. macam biasa la dengan kwn2 zz yang pergi Petro Sains jugak tu.. seriously letih sebab memasing baru blik kerja kan. Tak rehat terus pergi Kedah. kekonon nak cepat sampai la.. haha



Reason kita org pergi kedah kenapa? sebabnya one of my friends nak WALIMAAAAAH.. pergh.. macam tak caya je kot..rasa mcm dlm mimpi bila dia bagitahu dia bertunang 2/2/2015 dan nak khwin 8/3/2015.Sebulan je persiapan semua tu.. Kekonon bila usik suruh kahwin, tak maw lagi la sekali dia lah yang paling awal antara kita org.. *nangis gembira 


single & double
Kita orang punya perjalanan mmg adventure la.. Sampai je Kedah, tido rumah member sekali call dia x angkat.. yelah sampai kul 3 pagi kot.. tak terjaga la.. so, kita org decide tidur dalam kereta sampai kul 6 pagi..haha.. bolehlah lena juga tidur walaupun terjaga-jaga jugak..haha.. seronok tengok sahabat kahwin tu hilang kan rasa penat semua tu. :)

akad nikah kawan kita orang ni hari yang sama kenduri lah.. akad nikah pukul 10 pagi dekat masjid terus pergi kenduri.. simple!

berdebar-debar agaknya sebelum akad nikah
kita orang ingat nk duduk sebelah pengantin sebenarnya tapi tak tahu lah ada sorang mak chik tu tak bagi..so jauh sikit la dari pengantin...sob..sob..


rasa macam kita orang yang berdebar..wahaha.. tapi masa dengar khutbah nikah, jauh di sudut hati, rasa macam sedih la jugak. dah hilang sorang kawan kita orang.huhu..tak sama dengan masa bujang, ada masa untuk kawan. bila dah jadi isteri, apa-apa kena minta izin dari en suami.betul x?

muka berkerut sebab panas matahari
zz dengan pengantin. Pengapit? tak lah..haha
abaikan tudung zz yang senget benget dah rasa sebab panas dengan perut lapar..haha..dan first time juga sebenarnya zz pakai shawl jauh-jauh mcm ni.. ok tak?huhu

aish tak perasan angin dari kipas buatkan tudung zz mcm tu..sob2..
banyak lagi gambar sebenanrnya tapi zz nk upload yang ni je sebab gambar yang best nak minta dekat pengantin masa kita orang join sekaki photoshoot dalam bilik pengantin..hehe..


Hanisah Hamzah,

sekejap je masa berlalu kan? berkawan dari semester 1 dekat UUM lagi. dah 3 tahun rupanya.. tak sedar waktu berlalu. teringat masa kita sibuk-sibuk nak isi borang transfer subjek masa orientasi, nak pilih subjek apa dekat bilik mesyuarat IBS, copkan tempat untuk Majad dalam kelas Arab sebab selalu masuk lewat, sibuk susun jadual untuk sem depan, breakfast, lunch, dinner, supper sesama, sibuk study subjek apa, kelam kabut nak buat assignment, kena marah sebab present tak bagus, semangat nak joging sesama, overnight dekat Penang tak rancang, Padang besar la, accident sesama, buat BP lagi, jadi roomate sementara Majad la, teman Majad pergi hospital, shopping tak hengat dunia dan banyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaak lagi tak terhitung.sob..sob..

terima kasih untuk segala 3 tahun yang berlalu. Majad minta maaf kalau untuk tempoh 3 tahun itu, banyak benda yang Majad buat tanpa sedar buat Sah terluka ke, sedih ke tak kira masa Majad marah ke,ape2 lah yang buat Sah sedih, Majad minta maaf tulus ikhlas dari hati.

sedih bila Sah bagitahu tarikh kahwin sebab sedar tak sedar Majad akan hilang lagi sorang kwn Majad yang bujang. Tak caye tanye Tikah rasa dia macam mana. Betul tak Tikah?hehe.. 

Nisah, 
Jadi isteri solehah untuk en suami,Nazri. Jaga makan minum dia, maruah dia dan sebagainya.. Asyik cakap tak pandai masak bukan cara untuk kita tak masak tapi satu cara untuk kita kena rajin masak sebab nak bag en suami rasa. Air tangan isteri kan penting. bukan air basuh tangan isteri ya..haha.. Jaga aurat sebab lepas ni suami yang tanggung dosa kita. apa yang Nisah belajar selepas kahwin tu penting sebelum nak jadi ibu nanti. 

SELAMAT BERCINTA HINGGA KE SYURGA 
& SELAMAT HARI LAHIR NISAH YG KE 25

Majad doakan Nisah dan en suami bahagia hingga ke syurga. Buat en suami Nisah, Nazri, Jaga Nisah kita orang elok-elok. Bagi dia sihat..haha.. Manalah tahu konvo nanti bertiga kan? hehe.. 

eh, lupa nak cita apa yang kita orang bagi untuk hadiah kahwin dia? puas memikir nak bagi apa, lastly kita orang decide nak beli comforter sebab for sure dia akan guna selamanya.

see..dah pasang terus.. haha

termenung fikirkan bila turn zz pulak la kot..haha
erm.. bulan 9 sorang lagi nak walimah pulak.. tahun yang sama hilang dua orang..sob2.. siapa? nanti-nanti zz bagitahu ya.. Terus gerak balik ke KL hari kenduri jugak, sampai dekat rumah dekat 11.30 malam jugak la..fuh.. dengan esoknya kerja..Mata dah jadi macam mata panda dah kot.. Jangan lupa untuk doakan zz ye mana tahu turn zz pula akan tiba dalam masa terdekat ni..hehe..

Change is never easy. You fight to hold and you fight to let go!
 

Zierwa Zainal Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork