Tengah2 buat assigment dkt rumah kawan, tetiba rasa tangan gatal nk bukak blog yang dah lama bersawang.. zz sem ni jadual tunggang langgang penuh dgn segala macam.. plus line internet macam siput sedut.. huhu.. Kalau di kolej sy dlu, perkara yang paling selalu dibincangkan adalah berkaitan dengan Baitul Muslim.. dan rata2 mereka bahagia hingga ke Jannah, InshaAllah.. doakan moga sy juga dpt seperti mereka semua..
bercerita tentang jodoh, baru2 ni sy ada buat sesuatu perkara di luar jangkaan sy sendiri..ha ha.. sampai skrg sy masih tak percaya dgn tindakan yg sy buat ini.. mungkin krn sy tak suka apa yg sy rasa itu sbb boleh mnggugat dan membolak-balikkan hati sy.. tp Alhamdulillah hati sy rasa tenang bila sy dh buat perkara tu.. Meskipun x da jawapan dan saya mengandaikan jawapannya mungkin ya dan mungkin tak tapi sekurg2nya sy dh blh kosongkan hati sy dr memikirkan perkara2 yang membuatkan syaitan suka... Jika jodoh kita dengan kekasih kita tidak ditulis oleh Allah di Luh Mahfuz , kita tetap tak akan bersamanya . So , think positive dan terimalah takdirNya .
kalau tak ada jodoh bukan sebab dia tak baik untuk kita atau sebaliknya . kerana jodoh itu sendiri :
Walau digenggam kuat , andai ia bukan milik kita , ia akan terlepas jua .
Walau ditolak ke tepi , andai ia untuk kita , ia akan datang jua .
lagi pun saya percaya pada apa yang telah Allah tetapkan untuk sy.. Allah Maha Mengetahui..
Kalau suka tak semestinya bercinta
Kalau bercinta tak semestinya ada jodoh
Kalau ada jodoh , takkan ke mana jua
dan juga
“Pilihlah jodoh dengan dua cara. Pertama, jadilah orang yang baik. Insya-Allah, kita akan mendapat jodoh yang baik. Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita.”
maka saya memilih cara pertama.. berusaha dan memperbaiki diri untuk menjadi seorg yang baik.. titipkanlah doa untuk saya..
JODOH ITU URUSAN ALLAH