Monday, May 25, 2015

Review Movie: Tinker Bell Secret of The Wings

Lama rasa zz tak review movie. Bertahun rasanya. Buat sape yang kawan dengan zz, rasanya semua tahu kot zz memang suka cerita kartun. Paling suke cerita kartun yang comel-comel macam Barbie, Frozen, Cinderella etc. Kali ini zz pilih nak review cerita Tinker Bell. The Secret of The Wings. Setakat ni zz paling suke Tinker Bell yang siri ni sebabnya kisah pasal adik beradik sikit. 





By the way, Tinker Bell ni ada banyak siri. zz letak yang zz dah pernah tengok je lah ye. Ada dalam 7 siri jugak la sebenarnya. Tak sempat lagi nak tengok semua. 







Tinker Bell (2008)
Ini Tinker Bell yang pertama zz tengok.



zz nak cerita sikit pasal sinopsis Secret of The Wings ni. Sebelum tu untuk ape2 yang pernah tengok Tinker Bell yang pertama, Tinker Bell ni lahir dari ketawa bayi. Nak dijadikan cerita kira macam Tinker Bell ni kembar lah cume nye masa diterbangkan tu sepatutnya lah sesama tapi yang kembar dia tersangkut dekat pokok pastu kira macam terpisahlah. Maka jadilah Tinker Bell dari musim panas, Periwinkle dari musim sejuk. 

Kira macam ada dua negara la kononnya and then siap ada border lagi. Tinker Bell ni dari siri yang kita tengok, perasaan ingin tahu dia tinggi yang amat. Usaha untuk ambil tahu apa yang dia nak tahu. Bila dia jejak dekat musim sejuk masa tolong kawan dia hantar binatang, dia punya wing dia bercahaya. Punyalah dia siasat sampai sanggup pegi library nak cari tentang musim sejuk ni. Dah jumpa buku tapi sekali muka surat tu ulat makan. Nama pun ulat buku kan..haha


So, Tinkerbell buat satu keputusan untuk pergi ke musim tu sendiri dengan naik burung hantu yang datang dari musim sejuk untuk ambil bakul di musim panas senyap2. Semata-mata nak pergi jumpa Keeper, penulis asal buku tu. Kebetulan masa dia pergi jumpa Keeper tu, wing dia bercahaya sebabnya Peri winkle pun datang jumpa Keeper nak cakap pasal wings dia. At the end, dia orang tu rupanya sisters. Raut wajah yang sama, hobi yang sama etc.

Kebetulan Tinker Bell datang situ, maka Peri winkle tu bawaklah dia jalan-jalan main salji. Peri winkle pun ada keinginan untuk pergi tempat Tinker Bell tapi Peri Winkle ni tak boleh kalau tak sejuk. So, macam mana Tinker Bell fikir untuk bawa Peri Winkle ni ke tempat dia, kena tengoklah cerita tu ye.. hehe

zz ni dengan cerita kartun yang comel-comel ni macam tak boleh berpisah. Sebab memang suka dengan gambar yang comel-comel ni. Kalau dah kahwin nanti macam mana ye? Tapi zz tengok bukan suka-suka lah, ada pengajaran yang boleh kita ambil sebenarnya. Contoh macam dalam cerita ni, talian adik beradik tu. Jauh tara mana pun, tetap akan bertemu cuma nya masa yang akan tentukan. 


12 comments :

  1. Woah saya serius teringin nak tengok cerita tinker bell. Comel lah. Dulu saya masa kecik suka tinkerbell walaupun x pernah tgk citer dia.


    Klu sudi, jomlah join giveaway saya, ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. try la download.. zz mmg suka katun mcm ni.. dr kecik lagi..hehe

      Terima kasih sebab jemput kita.

      Delete
  2. Waa..bestnya dapat tengok movie! Sejak jadi mak2 ni, mmg dah takpenah jejak cinema..hu hu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..zz suke download je cite yang zz nk tengok..pastu pasang dekt tv

      Delete
  3. Kita pun suka tinker bell sgt2 la comel dorg ni...

    ReplyDelete
  4. Kena ajar bakal suami selami cerita kartun la..hihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. jenuh la gitu.. 1 dlm 1000 kot kalau ada..

      Delete
  5. Cerita kartun macam ni tak luput ditelan usia.. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. betul2.. sbb tu lah rasanya zz tngok smpai skrg..

      Delete
  6. Kita pulak dalam diam suka tengok Barbie hahahaha best!

    ReplyDelete

Feel free to comment..
Really appreciate it!!
Syukran,Kamsahamnida,Terima Kasih, Arigato Gozaimas, Thank you.

Change is never easy. You fight to hold and you fight to let go!
 

Zierwa Zainal Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork