Malam ni zz rasa macam nak kongsikan tip untuk bangun subuh awal. Bukan sahaja untuk pembaca malah untuk zz juga. Lebih-lebih lagi kita akan bertemu bulan Ramadhan yang tak sampai sebulan je lagi.Boleh juga gunakan untuk bangun sahur nanti.
Teringat masa study dulu, ralat rasa bila stay up memalam, bangun subuh terlajak. Lari lintang pukang kejar waktu yang dah nak ke penghujung, tak peduli ape dah masa tu. Rasa berdosa sebab bangun lewat dan rasa macam siapkan assignment semua tu tak de erti. Sebabnya, kejar redha Allah dulu paling utama. So, bila dah kerja ni, sikit-sikit zz ubah diri zz untuk bangun awal subuh. Kalau ada masa, boleh lah buat solat sunat dulu kan?
Perkara utama yang perlu kita utamakan untuk bangun subuh awal :
1. TIDUR awal.
Tidur paling awal yang zz pernah buat adalah tidur lepas solat isyak. hehe.. tu kalau dah penat sangat la.. sebabnya bila kita tidur awal, kita sendiri akan bangun awal. Badan dah cukup rehat, nak jumpa Allah pun dalam keadaan yang tenang je. Tapi seeloknya tidur awal tu tidur sebelum jam 11.30 malam la.. Sempat la siapkan mana2 yang patut. Selebihnya boleh buat lepas Subuh. Fresh je otak kita nak memikir masa tu.
2. Ambil wuduk
Sebelum ambil wuduk tu boleh lah gosok gigi, cuci muka untuk bersihkan segala kotoran yang ada dekat muka dan juga untuk elakkan kaviti.. macam iklan pulak. ngee...
3. Solat sunat + Baca Quran
Alang-alang dah ambil wuduk kan, why not bentang sejadah buat solat sunat dulu sebelum tidur. Tak kisah lah solat sunat hajat ke, solat taubat ke tak pun solat istikharah. eh...eh.. Lebih kurang macam solat ni satu stesyen muhasabah sebelum tidur. Kalau mampu, bacalah surah al-Mulk sebelum tidur. Bab ni zz pun ada on off juga.. Kadang-kadang je baca..huhu. Baca dulu 3 Qul, tarik nafas untuk bagi selesa, Pejamkan mata sambil istighfar & zikir sampailah terlelap.
4. Set alarm
Set alarm ni memang semua buat lah kan? Setlah alarm dengan lagu-lagu yang menyenangkan kita contoh macam alunan azan ke, lagu nasyid yang berunsurkan ketuhanan ke. Ada setengah suka set dengan ayat Quran tapi zz macam tak berapa suka sikit sebabnya ye lah bila kita matikan alarm tak ke ayat Quran tu tergantung. Kalau boleh elakkan muzik-muzik yang tak seiring dengan roh Islam. Pernah kawan zz pasang lagu rock, pergh mahu terkejut zz, alhamdulillah sempat roh zz masuk balik dalam badan zz, kalau tak, blog ni dah x de dah. Terkezut kot. Paling mudah set je ringtone yang dah sedia ada dalam hp.. Macam zz..hehe..
5. Niat
Perkara paling utama adalah niat. Niat untuk bangun awal inshaAllah, Allah akan bangunkan kita. Adalah sorang member zz pernah share petua orang tua untuk bangun awal. Tak tahulah korang pernah dengar ke tak. Tepuk bantal sebelum tidur sambil niat "ya Allah, bangunkan aku untuk beribadat kepadamu", pastu tepuklah bantal pukul berapa kita nak bangun. Kalau pukul 5, tepuklah 5 kali. Tapi tak tahulah nak buat macam mana kalau korang nak bangun 4.30. haha.. mahu nipis bantal kalau tepuk sampai 30 kali..haha.. Gurau je.. Tapi apa-pun letakkan pergantungan pada Allah bukan pada tepuk bantal tu ye.
Renung-renungkan dan Selamat beramal. Hehe..zz hujung minggu je rajin stay up sampai subuh terus.. tupun sekali sekala bila ada geng la.. Jangan ikut, tak bagus.. Badan jadi tak sihat sebenarnya. Jom tidur awal malam ni.
Nota zz : Semoga kita sama-sama jadi ahli Subuh.
Nice tips. Yang #5 tu, saya dapat dari asrama. Lagend habis. hehe.
ReplyDeletehehe...mmg lagend habis.. kite pun thu dr kwn..
DeleteAssalamualaikum cik Zierwa, first time singgah sini.. Tips yg bagus. Tapi sekarang dah imsonia.. So kalau tidur pun pas Subuh.. nasib baik dah tak kerja.. Huhu..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
Deletewkmsalam . :) time kasih ye. tu dia aih.. dasatnya.. x bgus amalkan gitu dear. nnt kesihatan x elok untuk kita.. huhu
DeleteBagusnya tips ni suka suka! Kita selalu lewat aish
ReplyDeletehehe.. thanx dear.. sikit2 blh ubah.. kita pun dulu mcm tu jugak.
DeleteThank you :)
ReplyDeletemost welcome dear
Delete