saat zz tulis entry ni, ia datang jauuuuuuuuuh dari sudut hati zz.. memandangkan rumah zz ada balkoni yang boleh buat kita tenung klcc dan sewaktu dengannya buatkan zz banyak termenung sambil tengok kesibukan jalan raya setiap masa. *poyo sgt kan?
zz akui zz punya banyak kawan.memang tak tipu sebabnya zz banyak pindah-pindah sekolah. ada satu masa, kwn zz ni, zz kenal dia masa sek A, sekali tgok kwn baik dia kwn zz juga masa sek C. nampak x pusing kot situ juga. seronok ramai kawan tapi zz x punya kawan yang kenal zz dari kecil sampai besar. nampak tak rugi kat situ?huuu.. bila sampai satu masa zz nak ada sorang yang zz mampu cerita , zz tak tahu nak cerita pada siapa. tak zz tulis ats kertas pastu koyak atau zz update entry tp save as draft.
seriously zz rasa mcm down sikit kalau pikir bab macam tu. zz teringin jugak nak ada seseorang yang tiba-tiba rindukan zz, ada untuk zz tak kira masa, tak cakap belakang tak sukakan zz, rasa senang dengan zz. zz ada kawan baik, kecik hati dia orang nanti kalau zz cakap zz tak de kawan baik tpi still ada gap sebenarnya. tipulah kalau cakap tak ada kn.
Sometime the things we can't change, end up changing us |
dulu-dulu-duluuuuu, zz ada seseorang yang zz senang sangat dengan dia, tpi mungkin ada perkara yang zz buat, zz fikir macam ni, tapi dia fikir macam tu, so lama-lama jadi tak rapat. rapat juga tapi taklah macam dulu. salah faham bila kita ingat dia fikir macam kita tapi lainnya yang berlaku. huuu.. Time goes by so fast. zz pun diamkan je sebab zz tengok dia pun dah ada kwn baik yang lain. as long dia selesa mcm tu, maka macam tu lah kn. kita tak boleh nak harap apa yang kita nak, kita akan dapat.
zz punya imaginasi pasal sahabat ni tinggi..haha..angan-angan tak salah kn? zz ada kawan yang sama-sama ambil berat, sama-sama sharing, sama-sama buat apa yang kawan suka.. itu konsep zz.senang je kan? tak nama sahabat kalau salah seorang je sibuk bercerita, sibuk tara mana pun dengan sahabat lapangkan masa, sama-sama ingat memperingati bukan takut nak tegur salah sahabat.
agaknya sebab zz bukan kawan yang baik, maka zz x dapatla apa yang zz nak kan? heee.. banyak benda yang kena baiki lagi ni.. zz tetiba terfikir macam ni sebab zz tibe-tibe nak terfikir macam tu..boleh x? ada sesuatu yang zz fikir sebenarnya tapi tak terluah..
jom dengar salah satu lagu favourite zz Sahabat by Hawary. *nak ambil tisu jap
buat mereka yang bertuah ada sahabat dunia akhirat, maka jagalah mereka dengan sebaiknya :) Learn to appreciate what you have, before time makes you appreciate what you had.
Mai pun tak pernah ada kawan sejati. Kawan rapat and baik tu ada, tapi yang betul2 boleh bermanja2 and takde rahsia tu tak ada. Sebab tu mai suka menulis. Tulis dalam buku dan baca sendiri.heheh
ReplyDeletekita ada 2,3 orang gak kawan rapat cuma tk pernah ada yg rapat gila2 sealu berkepit.. paling rapat dengan cousin sendiri je hehe
ReplyDeletesaya pn rasa mcm ada tak de je kawan yg betul2 sejati :| but at the same time x boleh expect kawan tu jdi betul2 sempurna mcm apa yg kita nak. rasa mcm takut jugak sy sbb nnti bila dah masuk universiti x tau la kawan mcm mana yg sy dpt. hehe
ReplyDeletecik mai : kalau zz tulis dlm buku, zz ada perasaan tkut org akan baca buku tu..haha.. teruk tak?
ReplyDeleteizzati husna: zz ngan sepupu pun rapat bile jumpe je.. sebab sepupu zz study jauh2..
mialia amelia : betul.. saling lengkap melengkapi gitu.. haha